UCAPAN IKHLAS

Tuesday, 20 October 2015

Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Panduan Bercuti Dengan Anak Kecil

Gambar Hiasan
Percutian yang paling menyeronokkan adalah bersama keluarga. Namun kebanyakan ibu bapa tidak membuat persediaan terperinci jika berlibur bersama anak-anak. Kerenah si anak kecil akan mengganggu perjalanan cuti anda. sudahnya, semua orang hilang ‘mood’. Jangan jadikan hal ini masalah besar. Entri kali ini memberi tip percutian bersama anak-anak anda. Semoga ia membantu!
 

1. Bawa Bekal
Bawa bekal makanan dan minuman. Ketika bercuti, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Bagi mengelakkan mereka ‘meragam’, eloklah anda bawa bekal. Buah-buahan, biskut, kerepek, dan roti adalah antara makanan paling mudah untuk dibawa.
 
Jika perjalanan jauh, anda boleh bawa bekal sendiri kerana dikhuatiri anak-anak berasa lapar di dalam kereta. Makanan berat seperti nasi goreng atau mi dan mihun goreng boleh dibawa.
 
2. Tanda Pengenalan

Apa yang boleh anda buat adalah melabel ‘back pack’ anak anda. Letakkan nama anda, nama anak serta nombor telefon untuk dihubungi. Pentingnya label ini adalah sekiranya anak-anak terlepas daripada pengawasan anda.

Gambar Hiasan
 
3. Bersiap Sedia
Jangan lupa untuk bawa kelengkapan lain seperti tuala kecil, barang mandian, dan baju gantian untuk anak anda. Anak-anak banyak ragamnya, ada masanya baju kotor. Jadi bawalah baju ganti supaya anak anda dalam keadaan selesa setiap masa.
 
Jangan lupa untuk membawa baju renang  dan krim pelindung matahari sekiranya anda bercuti di pantai. Sudah menjadi adatnya, anak-anak akan tertarik untuk mandi laut atau berenang di kolam. Jadi anda harus bersedia dari awal.
 
4. Ubat-Ubatan
Bawalah ubat-ubatan asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit perut, dam apa sahaja ubat yang mungkin diperlukan ketika bercuti. Cara ini memudahkan anda jika terjadinya kecemasan. Tidaklah anda kelam kabut mencari ubat bila diperlukan.

Gambar Hiasan

5. Rancangan Libur
Bila bercuti dengan anak-anak kecil, anda harus ada perancangan. Jangan main terjah sahaja. ‘mood’ anak-anak perlu dijaga. Bagi menjamin kualiti percutian anda sekeluarga, buatlah jadual percutian anda. rancang dengan teliti mana destinasi yang mahu dikunjungi serta apa aktiviti yang boleh dibuat. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa bosan.
 
Pastikan anda merangkan pelan yang melibatkan mereka juga. Jangan sesekali emmentingkan diri dan hanya merancang percutian buat anda dan pasangan sahaja. Tujuan percutian bersama keluarga adalah untuk menikmatinya bersama-sama, bukan hanya anda yang berseronok.
 
6. Bawa ‘TOYS’ &  BUKU
Jangan lupa bawa buku atau permainan anak-anak anda. Terutamanya jika mereka masih kecil. Cara begini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan terutamanya ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat. Selain itu, membawa buku dan permainan mereka boleh menjadi ktiviti alternatif sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini seperti hujan dan sebagainya.

Sumber: http://libur.karangkraf.com





No comments:

Post a Comment