Tip Memilih Agensi Pelancongan Terbaik
Ada sesetengah orang yang sukakan percutian mudah dan tidak memeningkan
kepala. Sebab itulah mereka memilih untuk bercuti dengan perancangan
yang ditetapkan oleh agensi pelancongan. Biasanya percutian begini
dipilih apabila melibatkan percutian syarikat atau keluarga secara
besar-besaran. Entri kali ini memberi enam panduan memilih agensi
pelancongan yang betul. Ayuh, berlibur!
1. Kaji Perbandingan Pakej Harga
Buatlah kajian perbandingan harga pakej percutian yang ditawarkan.
Biasanya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.
Jangan mengejar yang termurah kerana dikhuatiri iagagal memenuhi
kehendak anda. selaraskan bajet dengan pakej yang mahu dipilih.
2. Tahu Latar Belakang Agensi
Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dan sebagainya, anda harus
memastikan latar belakang agensi pilihan. Pastikan lesen dan permit
syarikatnya sah.
3. Ambil Tahu Tentang Syarikat Penerbangan
Walaupun semua urusan pengangkutan diuruskan oleh agensi, anda harus
mengambil tahu tentang syarikat penerbangan serta jenis perjalanan yang
disediakan oleh agensi anda. Kadang-kadang ada sesetengah syarikat
penerbangan akan mengenakan kos-kos tambahan yang tidak relevan atau ia
ditambah secara ‘sembunyi’ oleh agensi anda.
4. Ambil Tahu Lokasi Penginapan
Ambil tahu tentang lokasi penginapan anda ketika bercuti.
5. Kenal Pasti Kaedah Pembayaran
Kenal pasti cara bayaran yang dibuat sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit, bayaran atas talian, dan sebagainya.
6. Pastikan Tiada Sebarang Caj Tambahan
Sebelum membuat sebarang bayaran kepada agensi pelancongan, pastikan
tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan. Ini adalah cara paling mudah
bagi agensi pelancongan untuk menuntut bayaran lebih daripada anda.
Sumber: http://libur.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment