Percutian yang paling menyeronokkan adalah bersama keluarga. Namun
kebanyakan ibu bapa tidak membuat persediaan terperinci jika berlibur
bersama anak-anak. Kerenah si anak kecil akan mengganggu perjalanan cuti
anda. sudahnya, semua orang hilang ‘mood’. Jangan jadikan hal ini
masalah besar. Entri kali ini memberi tip percutian bersama anak-anak
anda. Semoga ia membantu!
1. Bawa Bekal
Bawa bekal makanan dan minuman. Ketika bercuti, anak-anak biasanya
mudah berasa lapar. Bagi mengelakkan mereka ‘meragam’, eloklah anda bawa
bekal. Buah-buahan, biskut, kerepek, dan roti adalah antara makanan
paling mudah untuk dibawa.
Jika perjalanan jauh, anda boleh bawa bekal sendiri kerana dikhuatiri
anak-anak berasa lapar di dalam kereta. Makanan berat seperti nasi
goreng atau mi dan mihun goreng boleh dibawa.
2. Tanda Pengenalan
Apa yang boleh anda buat adalah melabel ‘back pack’ anak anda. Letakkan
nama anda, nama anak serta nombor telefon untuk dihubungi. Pentingnya
label ini adalah sekiranya anak-anak terlepas daripada pengawasan anda.
![]() |
Gambar Hiasan |
3. Bersiap Sedia
Jangan lupa untuk bawa kelengkapan lain seperti tuala kecil, barang
mandian, dan baju gantian untuk anak anda. Anak-anak banyak ragamnya,
ada masanya baju kotor. Jadi bawalah baju ganti supaya anak anda dalam
keadaan selesa setiap masa.
Jangan lupa untuk membawa baju renang dan krim pelindung matahari
sekiranya anda bercuti di pantai. Sudah menjadi adatnya, anak-anak akan
tertarik untuk mandi laut atau berenang di kolam. Jadi anda harus
bersedia dari awal.
4. Ubat-Ubatan
Bawalah ubat-ubatan asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit
perut, dam apa sahaja ubat yang mungkin diperlukan ketika bercuti. Cara
ini memudahkan anda jika terjadinya kecemasan. Tidaklah anda kelam kabut
mencari ubat bila diperlukan.
![]() |
Gambar Hiasan |
5. Rancangan Libur
Bila bercuti dengan anak-anak kecil, anda harus ada perancangan. Jangan
main terjah sahaja. ‘mood’ anak-anak perlu dijaga. Bagi menjamin
kualiti percutian anda sekeluarga, buatlah jadual percutian anda.
rancang dengan teliti mana destinasi yang mahu dikunjungi serta apa
aktiviti yang boleh dibuat. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa
bosan.
Pastikan anda merangkan pelan yang melibatkan mereka juga. Jangan
sesekali emmentingkan diri dan hanya merancang percutian buat anda dan
pasangan sahaja. Tujuan percutian bersama keluarga adalah untuk
menikmatinya bersama-sama, bukan hanya anda yang berseronok.
6. Bawa ‘TOYS’ & BUKU
Jangan lupa bawa buku atau permainan anak-anak anda. Terutamanya jika
mereka masih kecil. Cara begini dapat mengelakkan mereka daripada merasa
bosan terutamanya ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat.
Selain itu, membawa buku dan permainan mereka boleh menjadi ktiviti
alternatif sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini
seperti hujan dan sebagainya.
Sumber: http://libur.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment